Total Pageviews

Friday, 21 November 2025

Naisya is back!!

​Salam sayang semua,

Mula tulis blog tahun 2011 dan last update pada 2020 masa PKP dulu lepas tu entah kenapa dah lupa pulak nak buka blog2 ni mungkin juga sebab laptop dah rosak jadi malas kot. Sekarang buka pakai handphone saja.

Masa sekarang tak tahu lah masih relevan tak blog2 ni kan..tahun ni kebanyakkannya sibuk dengan tiktok facebook dan lain2. Bagiku yang tersangat suka membaca dan mungkin juga menulis ni selalu jer tengok blog2 review orang lain terutama bila tak tahu nak masak apa dan tak tahu nak pergi mana. Blog resepi dan pelancongan lah yang di cari-cari. 

Impian untuk menulis resepi sendiri ke atau novel sendiri tu memang ada tapi belum berkesempatan lagi mungkin dengan menulis dalam blog boleh membantu buat masa ni.

Blog kita pun orang tak kenal hahaha. Tulis blog ni bagus sebab ia nya takkan hilang walaupun penulisnya dah arwah sama juga platfom lain bila kita dah simpan dalam media macam ni. Mungkin blog ni untuk tatapan keluarga kita anak cucu kita pada masa depan.

Tak kisah lah blog kita ni merapu meraban pun yang penting kita suka dengan apa yang kita buat kan.

Okeylah dah banyak merapu ni

Have a nice day!

Happy happy selalu

Jalan jalan Penang

Pada 29 september 2025 kami jalan-jalan pusing Penang pergi Rumah P.Ramlee..jeti, Georgetown Unesco Heritage. Makan nasi kandar dan lepak pantai kat Padang Kota



Welcome back!

 Assalamualaikum semua.. lana tak bersiaran kat blog bi.. apa khabar semua yang masih bersiaran semoga sihat2 hendakNya. 

Dh masuk bulan november tahun 2025 dh. Mungkin dah hampir 5 tahun tak masuk blog ni.. cepat je masa berlalu

Wednesday, 29 April 2020

Assalamualaikum Hari ini 29 April 2020 jam 11.05 pm dalam bulan Ramadan (7 Ramadan) buat pertama kali bersiaran setelah sekian lama tinggalkan blog ini. Dah masuk tahun 2020 dah pon.. Alhamdullillah masih diberi umur yang panjang dan sihat tubuh badan.

 Tahun 2020..tahun yang penuh dengan ujian. Bermula 18 Mac 2020 kerajaan telah laksanakan perintah kawalan pergerakan(PKP) ekoran daripada virus Covid19. Hari ni hari ke 43..ini bermakna sudah 43 hari aku tidak keluar rumah kerana hanya sorang sahaja yang boleh keluar.

Jika melanggar PKP ini boleh didenda sehingga Rm1000.

PKP fasa 1 :18 Mac 2020-31 Mac 2020
PKP fasa 2 :1 April 2020 - 14 April 2020
PKP fasa 3 :15 April 2020 - 28 April 2020 PKP fasa 4 :29 April 2020 - 12 Mei 2020

Fasa 5 mungkin akan bersambung lagi...

#stayhome
#staysafe
#dudukrumah

Saturday, 1 August 2015

Monday, 8 June 2015

assalamualaikum

Apa kabar semua? Harap sihat hendakNya..